101. Pemberitahuan skim pemindahan perniagaan
Feedback & supportSebelum suatu permohonan dibuat ke Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 102(1), pemindah hendaklah menyiarkan dalam
Warta suatu notis menyatakan niatnya untuk membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi pengesahan skim pemindahan perniagaan itu.
Sebagai tambahan kepada notis di bawah subseksyen (1),
Bank boleh menghendaki pemindah itu untuk memberikan apa-apa
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
notis lain berkenaan dengan skim pemindahan perniagaan itu dan bagi maksud sedemikian, Bank boleh menentukan kehendak yang berikut:
orang yang kepadanya, dan bila, notis itu hendaklah diberikan;
bentuk atau cara notis itu diberikan; dan
tempoh yang orang yang ditentukan di bawah perenggan (a)
boleh membantah skim yang dicadangkan itu.
Jika mana-mana orang memfailkan suatu bantahan kepada skim yang dicadangkan itu, pemindah itu, dengan kelulusan Bank, boleh mengubahsuai skim itu.