Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

94. Perintah terhadap orang yang ingkar

Feedback & support
(1)

Jika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang (dalam seksyen ini disebut sebagai “orang yang ingkar”)—

(a)

telah memungkiri seksyen 87, 88, 89 atau 92;

(b)

telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan Bank atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 87, 88 atau 89; atau

(c)

telah gagal untuk mematuhi mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 91(1),

Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah subseksyen (2)

sebagaimana yang terpakai atau wajar dalam hal keadaan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

(2)

Tertakluk pada seksyen 262, jika mana-mana hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) wujud, Bank boleh membuat perintah yang berikut:

(a)

berkenaan dengan apa-apa syer yang menjadi perkara kemungkiran atau ketidakpatuhan itu—

(i)

melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, syer itu, atau, dalam hal syer tidak terbit, melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, hak untuk menerbitkan apa-apa syer tidak terbit itu;

(ii)

melarang pelaksanaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer itu;

118 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(iii)

melarang penerbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegangnya;

(iv)

kecuali dalam suatu likuidasi, melarang pembayaran apa-apa jumlah yang kena dibayar oleh orang berlesen itu atas syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya; atau

(v)

mengarahkan orang yang ingkar untuk menyerah balik syer itu kepada Bank dalam suatu tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau

(b)

berkenaan dengan suatu kemungkiran seksyen 88, mengarahkan orang yang ingkar itu untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk berhenti melaksanakan atau melepaskan kawalannya atas orang berlesen.

(3)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar itu seberapa segera yang praktik, dan boleh disiarkan oleh Bank dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.

(4)

Jika orang yang ingkar yang telah disampaikan dengan suatu perintah di bawah subseksyen (2), dia hendaklah memberitahu mana-mana orang yang pada ketika itu memegang apa-apa syer yang perintah itu terpakai, mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana-mana orang yang perintah itu ditujukan.

(5)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat orang yang ingkar itu, mana-mana orang yang pada ketika itu sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai dan mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana-mana orang yang kepadanya perintah itu ditujukan, walau apa pun—

(a)

apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana dokumen konstituen orang berlesen itu; atau

Perkhidmatan Kewangan 119

(b)

apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh orang itu yang menjejaskan syer yang berhubungan dengan orang berlesen itu.

(6)

Bank boleh memberikan apa-apa petunjuk atau arahan kepada pengarah atau pegawai orang berlesen itu sebagaimana yang perlu atau dikehendaki untuk memberi kesan atas apa-apa perintah Bank di bawah seksyen ini, atau sebagaimana yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit dengan perintah itu.

(7)

Apa-apa transaksi yang dibuat oleh orang yang ingkar itu, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubung dengan apa-apa syer, kepentingan dalam syer, atau cagaran, yang melanggar mana-mana perintah di bawah subseksyen (2) atau apa-apa petunjuk atau arahan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen (6), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa.

(8)

Hal puas hati Bank di bawah subseksyen (1) bahawa seseorang telah memungkiri atau gagal mematuhi seksyen 87, 88 atau 89 atau standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 91(1), boleh dicapai tidak kira bahawa tiada pelaksanaan apa-apa tindakan berkenaan dengan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

(9)

Seseorang yang gagal mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Kumpulan Kewangan

Bahagian VIII

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian IX

Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules