97. Pemerolehan kepentingan dalam syer orang yang diluluskan
Feedback & supportJika seseorang itu membuat perjanjian atau perkiraan untuk memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer orang yang diluluskan yang, sekiranya perjanjian atau perkiraan itu dijalankan, dia akan memegang, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer orang yang diluluskan itu yang ketika itu telah dipegang olehnya, suatu agregat kepentingan dalam syer yang tidak kurang daripada lima peratus syer orang yang diluluskan itu, orang itu hendaklah memberitahu Bank hakikat itu apabila membuat perjanjian atau perkiraan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), tiada seorang pun boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan bagi maksud memperoleh kepentingan dalam syer menurut subseksyen (1), sekiranya pemerolehan itu akan menyebabkan perubahan kawalan
Perkhidmatan Kewangan 121
orang yang diluluskan, melainkan jika orang itu mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank apabila membuat perjanjian atau perkiraan itu.
Bank boleh menentukan standard mengenai kesesuaian pemegang syer untuk memberi kesan penuh kepada subseksyen (1) dan (2).
Mana-mana orang yang telah memberitahu Bank di bawah subsekyen (1) atau mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen (2), hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (3) sehingga Bank berpuas hati.
Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh, pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang telah memberitahu Bank di bawah subseksyen (1) atau mendapatkan kelulusan Bank di bawah subseksyen (2) untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau butir mengenai apa-apa syer yang diperoleh atau dipegang secara langsung atau tidak langsung sama ada bagi faedahnya sendiri atau bagi mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang telah disampaikan kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (5) hendaklah mengemukakan kepada Bank maklumat dan butir itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Pemindahan perniagaan, pembentukan semula, atau penggabungan orang berlesen