Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Menteri telah menamakan institusi perantaraan di bawah seksyen 188—
penamaan itu hendaklah habis tempoh dua tahun selepas ia dibuat, melainkan jika penamaan itu—
Perkhidmatan Kewangan Islam 195
dilanjutkan di bawah perenggan (b); atau
ditamatkan di bawah perenggan (c);
Menteri boleh, atas syor Bank, melanjutkan penamaan itu untuk satu tempoh atau lebih, yang setiap satunya tidak boleh melebihi satu tahun; dan
penamaan hendaklah tamat pada tarikh berlakunya mana-mana salah satu peristiwa yang berikut, mengikut mana-mana yang lebih awal;
Bank berhenti memegang syer dalam institusi perantaraan itu;
semua atau sebahagian besar aset institusi perantaraan diperoleh, atau semua atau sebahagian besar liabiliti institusi perantaraan diambil alih, atau kedua-duanya, oleh seorang yang bukan institusi perantaraan; atau
Menteri atas syor Bank, memutuskan bahawa penamaan itu hendaklah ditamatkan.
Jika institusi perantaraan menukar nama syarikatnya dalam tempoh dua belas bulan sebelum atau selepas penamaan itu, institusi perantaraan hendaklah dikecualikan daripada menyatakan atau selainnya menunjukkan nama lamanya atas apa-apa jua apa-apa meterai, dokumen atau surat cara.
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII