Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh mengarahkan institusi baki dan mana-mana orang yang telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada pemindah itu bagi pengendalian perniagaannya, untuk terus menyediakan kepada penerima pindahan itu, apa-apa perkhidmatan dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk membolehkan penerima pindahan itu untuk mengendalikan perniagaan yang dipindahkan secara berkesan.
Kewajipan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan menurut arahan Bank dalam subseksyen (1) adalah tertakluk pada hak untuk menerima balasan yang munasabah daripada penerima pindahan itu.
Mana-mana institusi baki atau orang yang gagal mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Subpenggal 5–Peruntukan yang berhubungan dengan institusi perantaraan
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII