Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian II · Perbadanan
13. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong—
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 75; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi Perbadanan, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis Perdana Menteri;
dalam hal seseorang anggota Perbadanan selain
Pengerusi Perbadanan, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis Pengerusi Perbadanan;
jika peletakan jawatannya diterima oleh Perdana
Menteri; atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota
Perbadanan, seorang yang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.
Perumahan Rakyat 1Malaysia 19
Jawatankuasa