Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian II · Perbadanan
15. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportMana-mana anggota Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan atau sesuatu jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan, Majlis,
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan, Majlis,
Jawatankuasa
Kelulusan dan
Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa Kelulusan dan
Pelaksanaan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan, Majlis,
Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Perbadanan, Majlis, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan atau jawatankuasa, termasuklah—
suami atau isterinya;
ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya;
anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri;
adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan
suami atau isteri anaknya, atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan,
Majlis,
Jawatankuasa
Kelulusan dan
Pelaksanaan atau jawatankuasa, ertinya—
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pekongsi anggota itu;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
Perumahan Rakyat 1Malaysia 23
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarahnya atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalamnya.