Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian II · Perbadanan
14. Section 14
Feedback & supportPerbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.
Perbadanan boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Menteri untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Perbadanan boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak bagi pelantikan semula.
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa dan Perbadanan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan.
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
minit semua mesyuaratnya ditandatangani, disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Perbadanan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat jawatankuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh pengerusi jawatankuasa itu, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subseksyen (11)
hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan jawatankuasa; atau
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Perumahan Rakyat 1Malaysia 21