Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian II · Perbadanan

4. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh

Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan PR1MA Malaysia”

bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi Perbadanan secara bertulis.

(4)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan ditentusahkan

Perumahan Rakyat 1Malaysia 15

dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Perbadanan atau seorang pekerja Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu.

(6)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Perbadanan

Bahagian IV

Pekerja Perbadanan

Bahagian V

Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA

Bahagian VI

Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules