Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian II · Perbadanan
6. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & supportPerdana Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Perbadanan, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi Perbadanan selama tempoh apabila—
(a)
jawatan Pengerusi Perbadanan kosong;
(b)
Pengerusi Perbadanan tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
(c)
Pengerusi Perbadanan, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.