Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian II · Perbadanan

5. Keanggotaan Perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah terdiri daripada—

(a)

anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh

Perdana Menteri:

(i)

seorang Pengerusi;

(ii)

tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada lima orang wakil Kerajaan Persekutuan;

dan

(iii)

tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain; dan

(b)

Ketua Pegawai Eksekutif.

(2)

Orang yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merupakan seseorang yang, pada pendapat Perdana Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan perumahan dan komuniti, kewangan, pembinaan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau selainnya adalah sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan khas, pengalaman atau kelayakan sesuai mereka.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Perbadanan

Bahagian IV

Pekerja Perbadanan

Bahagian V

Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA

Bahagian VI

Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules