Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian IX · Tribunal Rayuan

57. Keanggotaan Tribunal Rayuan

Feedback & support
(1)

Tribunal Rayuan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi; dan

(b)

sekurang-kurangnya dua anggota lain, atau apa-apa bilangan genap anggota yang lebih besar.

(2)

Bagi maksud subseksyen

(1)

,

Menteri hendaklah melantik—

(a)

seseorang yang merupakan anggota Perkhidmatan

Kehakiman dan

Perundangan selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun atau seseorang yang merupakan peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi yang telah menjalankan amalan sekurang-kurangnya selama sepuluh tahun untuk menjadi

Pengerusi Tribunal Rayuan; dan

(b)

orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan, integriti dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan perumahan dan komuniti, kewangan, pembinaan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau selainnya adalah sesuai bagi pelantikan kerana pengetahuan khas, pengalaman atau kelayakan sesuai mereka untuk menjadi anggota lain

Tribunal Rayuan.

(3)

Pelantikan anggota Tribunal Rayuan hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4)

Seorang anggota Tribunal Rayuan yang disebut dalam perenggan (1)(b)—

(a)

hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(b)

layak bagi pelantikan semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada dua penggal berturut-turut.

Report