Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian IX · Tribunal Rayuan
64. Rekod keputusan atau arahan Perbadanan
Feedback & supportOrang yang terkilan yang disebut dalam subseksyen 63(1) boleh meminta secara bertulis kepada Perbadanan untuk mendapatkan suatu pernyataan mengenai alasan bagi keputusan atau arahan Perbadanan yang dirayukan itu.
Tertakluk kepada subseksyen (3), Perbadanan hendaklah, apabila menerima permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), memberikan pernyataan mengenai alasan bagi keputusan atau arahannya itu kepada orang yang terkilan itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Apabila suatu notis rayuan telah difailkan dengan Tribunal
Rayuan di bawah subseksyen 63(1), Perbadanan hendaklah, jika ia belum lagi menulis alasannya bagi keputusan atau arahannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam notis itu sebagaimana yang diminta oleh perayu di bawah subseksyen (1), merekodkan
Perumahan Rakyat 1Malaysia 67
secara bertulis alasannya bagi keputusan atau arahannya dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan Tribunal Rayuan.