Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian IX · Tribunal Rayuan
63. Rayuan kepada Tribunal Rayuan
Feedback & supportSeseorang yang terkilan dengan sesuatu keputusan atau arahan Perbadanan boleh, tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi dan pematuhan apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan, merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.
Suatu notis rayuan hendaklah dibuat kepada Tribunal
Rayuan secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan atau arahan Perbadanan itu dan perayu hendaklah memberikan suatu salinan notis rayuan itu kepada Ketua Pegawai
Eksekutif.
Notis rayuan itu hendaklah menyatakan secara ringkas kandungan keputusan atau arahan Perbadanan yang terhadapnya ia dirayukan, mengandungi alamat yang apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau peguam belanya dan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau peguam belanya.