Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian IX · Tribunal Rayuan

59. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan

Feedback & support
(1)

Pengerusi Tribunal Rayuan atau mana-mana anggota

Tribunal Rayuan yang lain boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada

Menteri.

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan Pengerusi Tribunal Rayuan atau mana-mana anggota

Tribunal Rayuan yang lain jika—

(a)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya sebagai Pengerusi

Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal Rayuan di bawah Akta ini atau menguruskan hal ehwalnya;

(b)

dia menjadi bankrap atau tidak solven;

Perumahan Rakyat 1Malaysia 63

(c)

dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;

(d)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis oleh suatu mahkamah di Malaysia;

(e)

dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan kewajipannya di bawah Akta ini;

(f)

dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 61;

atau

(g)

prestasinya, pada pendapat Menteri, tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang signifikan.

Report