Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian IX · Tribunal Rayuan
60. Pengosongan jawatan dan pelantikan sementara
Feedback & supportJawatan Pengerusi Tribunal Rayuan atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain hendaklah menjadi kosong jika—
dia mati;
dia meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau
pelantikannya dibatalkan di bawah seksyen 59.
Menteri hendaklah melantik seorang yang lain mengikut seksyen 57 untuk menggantikan Pengerusi Tribunal Rayuan atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain semasa kekosongan jawatan Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota
Tribunal Rayuan yang lain itu.
Menteri boleh melantik seorang yang lain secara sementara mengikut seksyen 57 untuk bertindak sebagai Pengerusi Tribunal
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
Rayuan atau sebagai mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain—
semasa apa-apa tempoh apabila Pengerusi Tribunal
Rayuan atau anggota yang lain itu tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
jika Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal
Rayuan yang lain, kerana apa-apa sebab lain, tidak boleh melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil oleh Tribunal Rayuan dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya boleh terjejas atas alasan terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Tribunal Rayuan itu.