Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian IX · Tribunal Rayuan
61. Penzahiran kepentingan berhubung dengan anggota Tribunal Rayuan
Feedback & supportPengerusi Tribunal Rayuan dan anggota Tribunal Rayuan hendaklah menzahirkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, kepada Menteri dan mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain mengenai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan kewajipannya sebagai
Pengerusi Tribunal Rayuan atau sebagai anggota Tribunal Rayuan dalam sesuatu perkara tertentu yang dirujukkan kepada Tribunal
Rayuan.
Jika Menteri atau Pengerusi Tribunal Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa kepentingan
Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal Rayuan itu bercanggah dengan kewajipan mereka sebagai anggota Tribunal
Rayuan, Menteri atau Pengerusi Tribunal Rayuan, hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah terhadap percanggahan itu, Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota
Tribunal Rayuan itu bolehlah terus melaksanakan kewajipannya
Perumahan Rakyat 1Malaysia 65
sebagai Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.
Jika pihak kepada perkara itu membantah terhadap percanggahan itu, Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota
Tribunal Rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh meneruskan pelaksanaan tugasnya sebagai Pengerusi
Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu dan Menteri hendaklah melantik anggota lain yang tidak mempunyai percanggahan dengan perkara itu sebagai
Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal Rayuan bagi perkara tertentu itu.
Jika Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal
Rayuan yang lain tidak menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1)—
keputusan Tribunal Rayuan itu adalah tidak sah, melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan
pelantikannya sebagai Pengerusi Tribunal Rayuan atau anggota Tribunal Rayuan bolehlah dibatalkan di bawah seksyen 59.