Seksyen 10A
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Seksyen 10A
Tiada apa-apa petroleum boleh dimuatkan atau dipunggah atau dilepaskan di antara matahari masuk dengan matahari terbit kecuali dengan kebenaran pegawai pelabuhan:
Dengan syarat bahawa peruntukan ini tidaklah terpakai bagi pemuatan atau pemunggahan atau pelepasan petroleum itu secara pukal daripada mana-mana vesel dan terus kepada atau daripada mana-mana pepasangan di pantai.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan petroleum yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disita dan boleh dilucut hak.