Skip to content

Seksyen 13

Berada di mana-mana pelabuhan, dsb., tanpa kebenaran

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 14 of 51
Seksyen 13
(1)

Tiada sesuatu vesel yang bermuat dengan petroleum Kelas I atau Kelas II sebagai kargo, sama ada bagi pengangkutan atau penstoran, boleh berada di mana-mana pelabuhan (kecuali di sesuatu tempat berlabuh petroleum), atau di sesuatu tempat yang dikecualikan di bawah seksyen 44, atau di mana-mana sungai, terusan atau caruk selama sesuatu masa yang lebih lama daripada yang semunasabahnya perlu untuk memuatkan atau memunggah atau melepaskan petroleum melainkan jika telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai pelabuhan.

(2)

Vesel, yang penggerakannya diperoleh melalui petroleum Kelas

I atau Kelas II, tidaklah tertakluk pada seksyen ini jika bejana atau bekas bagi penstoran kelas-kelas petroleum itu diluluskan oleh

Pemeriksa Kapal.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Meletakkan apa-apa petroleum di atas mana-mana pangkalan, tebing, dsb.