Skip to content

Seksyen 9

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 9 of 51

Seksyen 9

(1)

Tiada apa-apa petroleum boleh dipunggah atau dilepaskan daripada mana-mana vesel kecuali dengan kebenaran pegawai pelabuhan dan mengikut syarat yang dinyatakan dalam kebenaran itu dan di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam kebenaran itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A807).

(3)

Mana-mana orang yang memunggah atau melepaskan apa-apa petroleum atau membenarkannya dipunggah atau dilepaskan dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan petroleum yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan boleh disita dan boleh dilucut hak.