Seksyen 7
Kemasukan vesel yang membawa petroleum ke pelabuhan
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Tiada vesel yang bermuat dengan petroleum sebagai kargo boleh memasuki had mana-mana pelabuhan, kecuali bagi maksud menuju terus ke tempat berlabuh petroleum atau ke suatu tempat lain yang dikecualikan daripada peruntukan seksyen ini, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pegawai pelabuhan itu secara bertulis.
(2)
Sesuatu kebenaran yang diberi oleh pegawai pelabuhan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi apa-apa syarat yang dalam hal keadaan kes itu difikirkannya munasabah.
(3)
Nakhoda vesel yang memasuki mana-mana pelabuhan dengan melanggar seksyen ini, atau mana-mana syarat kebenaran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit dan petroleum yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan boleh disita dan boleh dilucut hak.
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 15