Skip to content

Seksyen 8

Memberitahu Inspektor tentang kedatangan vesel ke pelabuhan

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 8 of 51
Seksyen 8
(1)

Nakhoda mana-mana vesel yang membawa petroleum atau pengimport, penerima konsain atau pemunya mana-mana petroleum yang dibawa sebagai kargo dalam mana-mana vesel hendaklah, apabila sahaja vesel itu tiba di pelabuhan, kecuali jika pemunya atau ejen vesel itu telah terlebih dahulu berbuat demikian, memberitahu

Inspektor tentang ketibaan vesel itu di pelabuhan dan hendaklah menyertakan dalam pemberitahuan itu apa-apa butir lain sebagaimana perlu untuk membolehkan petroleum itu diperiksa dengan sewajarnya.

(2)

Sekiranya subseksyen (1) dilanggari, nakhoda, pemunya dan ejen vesel itu adalah masing-masing melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, masing-masing didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Kebenaran daripada pegawai pelabuhan untuk memunggah atau melepaskan petroleum daripada vesel