Skip to content

Seksyen 12

Membuat atau membawa petroleum

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 13 of 51
Seksyen 12
(1)

Tiada sesuatu vesel boleh memuatkan atau membawa petroleum, sama ada dalam ruang muatan atau di atas geladak, kecuali mengikut syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Jika apa-apa petroleum dimuatkan atau dibawa dalam mana-mana vesel dengan melanggar seksyen ini, pemunya, nakhoda dan ejen vesel itu adalah masing-masing melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.