Skip to content

Seksyen 14

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 15 of 51

Seksyen 14

(1)

Tiada seseorang boleh menempatkan atau membenarkan terus berada di mana-mana pangkalan, tebing atau tempat lain apa-apa petroleum selama sesuatu masa yang lebih lama daripada yang semunasabahnya perlu bagi memuatkan atau memunggahnya berkaitan dengan pengangkutannya, dan tidak sekali-kali di antara matahari masuk dan matahari terbit.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.