Seksyen 42
Aduan kepada Penolong Pengawal
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Mana-mana Penolong Pengawal boleh, apabila mendapat aduan daripada orang yang berkepentingan, menjalankan suatu penyiasatan terhadap mana-mana orang yang telah atau sedang melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 836
(2)
Aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat atau premis yang dikatakan kesalahan itu telah dilakukan dan butiran mengenai kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan di bawah Akta ini.
(3)
Jika aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berhubung dengan suatu petunjuk geografi yang tidak sama dengan petunjuk geografi berdaftar itu, mana-mana orang yang berkepentingan hendaklah mendapatkan penentusahan Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan untuk dikemukakan kepada
Penolong Pengawal.
(4)
Penentusahan Pendaftar di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah.