Skip to content

Seksyen 41

Kuasa penyiasatan

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 41 of 101
Seksyen 41
(1)

Jika mana-mana Penolong Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa-apa kesalahan sedang atau akan dilakukan di bawah Akta ini, Penolong Pengawal boleh menjalankan apa-apa penyiasatan sebagaimana yang difikirkan oleh Penolong Pengawal itu suai manfaat bagi pentadbiran wajar

Akta ini.

(2)

Mana-mana Penolong Pengawal yang menyiasat apa-apa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].