Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

12. Tempoh latihan orang berkelayakan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang berkelayakan hendaklah dikenali sebagai seorang “pelatih” dalam tempoh latihannya, dan seseorang yang dengannya pelatih itu menjalani tempoh latihannya atau mana-mana bahagian daripada tempoh latihannya hendaklah dikenali sebagai “pengajar”.

(2)

Seseorang berkelayakan hendaklah, sebelum diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara, menjalani suatu tempoh latihan dan, tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 13, tempoh latihan yang ditetapkan ialah sembilan bulan.

(3)

Tiada orang berkelayakan boleh, tanpa kebenaran khas secara bertulis daripada Majlis Peguam, memegang apa-apa jawatan atau bertugas dalam apa-apa pekerjaan daripada apa-apa jenis, sama ada sepenuh masa atau selainnya, dalam tempoh latihannya, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang seseorang pelatih daripada menerima saraan daripada pengajarnya.

Pengecualian daripada tempoh latihan dan kelayakan untuk menjalani latihan

Report

Bahagian III

Sijil Amalan

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules