Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

16. Memfailkan petisyen dan bantahan

Feedback & support
(1)

Suatu salinan bagi setiap petisyen dan afidavit yang dikehendaki difailkan di bawah seksyen 15 bersama-sama dengan salinan benar setiap dokumen yang ditunjukkan menurut seksyen itu hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pemfailannya di Pejabat

Pendaftar, dan dalam masa tidak kurang daripada sepuluh hari atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang dibenarkan oleh

Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mendengar petisyen itu, disampaikan kepada Peguam Negara, Majlis Peguam dan

Jawatankuasa Peguam Negeri bagi Negeri yang pelatih itu telah menjalani apa-apa bahagian daripada tempoh latihannya.

(2)

Jika Peguam Negara, Majlis Peguam atau mana-mana

Jawatankuasa Peguam Negeri bercadang hendak membantah mana-mana petisyen, hendaklah disampaikan kepada pempetisyen itu dan difailkan di Pejabat Pendaftar, dalam masa tidak kurang daripada tiga hari genap atau apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mendengar petisyen itu, suatu notis bantahan yang hendaklah menyatakan secara ringkas alasan bagi bantahan itu.

(3)

Apabila suatu notis bantahan difailkan petisyen itu hendaklah ditetapkan untuk didengar dalam masa satu bulan atau dengan secepat yang mungkin di hadapan seorang Hakim Mahkamah Tinggi.

(4)

Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa Peguam

Negeri tidak perlu diwakili apabila sesuatu petisyen itu didengar melainkan jika Peguam Negara, Majlis Peguam atau Jawatankuasa

Peguam Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bercadang hendak membantah petisyen itu, tetapi tiada perintah boleh dibuat terhadap mana-mana petisyen melainkan jika Mahkamah berpuas hati

Profesion Undang-Undang 29

bahawa petisyen, afidavit dan salinan benar bagi setiap dokumen itu telah disampaikan dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1).

Memasukkan kaveat menentang penerimaan masuk

Report

Bahagian III

Sijil Amalan

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules