Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang
21. Syarat menjadi pengetua dan pelepasan kerani
Feedback & supportTanpa kebenaran khas secara bertulis daripada Lembaga, tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara layak menjadi pengetua melainkan jika dia telah menjalankan amalan dengan aktif sebagai peguam bela dan peguam cara di Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja permulaan artikel dan dia masih menjalankan amalan dengan aktif.
Tiada seorang pun pengetua boleh mempunyai lebih daripada dua orang kerani berartikel pada satu masa.
Tiada seorang pun pengetua boleh mengambil atau mengguna khidmat mana-mana kerani berartikel selepas pengetua itu berhenti menjalankan amalan dengan aktif sebagai peguam bela dan peguam cara di Malaysia atau semasa kerani berartikel itu diguna khidmat oleh seorang peguam bela dan peguam cara lain.
Profesion Undang-Undang 33
Jika mana-mana peguam bela dan peguam cara mengambil seorang kerani berartikel dengan melanggar seksyen ini Lembaga boleh atas usulnya sendiri melepaskan artikel kerani berartikel itu atas apa-apa terma, termasuklah terma tentang pemulangan apa-apa premium, sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah oleh
Lembaga.