Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang
20. Kelayakan bagi kerani berartikel
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta ini dan apa-apa kaedah yang dibuat oleh Lembaga tiada seorang pun boleh membuat perjanjian untuk menjalani artikel dengan tujuan supaya diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan jika dia—
telah mencapai umur tujuh belas tahun;
berkelakuan baik; dan
mempunyai kelayakan pendidikan yang perlu yang ditetapkan oleh Lembaga.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang telah membuat perjanjian untuk menjalani artikel dengan seseorang peguam bela dan peguam cara hendaklah dikenali sebagai “kerani berartikel” dan seseorang peguam bela dan peguam cara yang menerima seorang kerani berartikel hendaklah dikenali sebagai “pengetua”.