Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang
22. Melepaskan kerani kerana tidak layak
Feedback & supportJika apa-apa pengataan dibuat kepada Lembaga tentang ketidaklayakan seseorang kerani berartikel untuk menjadi peguam bela dan peguam cara, dan Lembaga, selepas menyiasat pengataan itu berpuas hati bahawa kerani berartikel itu tidak layak untuk menjadi peguam bela dan peguam cara, Lembaga boleh atas usulnya sendiri melepaskan artikel kerani berartikel itu atas apa-apa terma, termasuklah terma tentang pemulangan apa-apa premium, sebagaimana yang difikirkan patut dan munasabah oleh Lembaga.