Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

18. Penerimaan masuk dalam hal tertentu

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini,

Mahkamah boleh, bagi maksud mana-mana satu kes dan tertakluk kepada subseksyen yang berikut, menerima masuk seseorang untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang, jika dia seorang warganegara Malaysia, atau seorang pemastautin tetap di Malaysia, dia layak diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi dan tiada seorang pun boleh diterima masuk untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen ini melainkan jika—

(a)

bagi maksud kes yang tertentu itu dia mempunyai, pada pendapat Mahkamah, kelayakan khas atau pengalaman daripada jenis yang tidak boleh didapati daripada kalangan peguam bela dan peguam cara di Malaysia; dan

(b)

dia telah diarahkan oleh seorang peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

(2)

Mana-mana orang yang memohon untuk dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah seksyen ini hendaklah berbuat demikian melalui usul pemula yang disahkan dengan afidavitnya sendiri, atau dengan afidavit peguam bela dan peguam cara yang mengarahkannya, menyatakan nama pihak dan butir-butir ringkas mengenai guaman atau perkara yang pemohon bercadang hendak hadir, dan menunjukkan dalam afidavit itu persetujuan pemohon untuk hadir dalam guaman atau perkara itu; usul pemula itu dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada Peguam Negara, Setiausaha Majlis Peguam dan

Setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri dalam Negeri tempat guaman atau perkara itu akan didengar dan kepada pihak yang satu lagi kepada guaman atau perkara itu; pada masa penyampaian itu pemohon hendaklah membayar satu ratus ringgit kepada Setiausaha Majlis

Peguam dan satu ratus ringgit kepada Setiausaha Jawatankuasa

Peguam Negeri bagi meliputi kos mereka yang dilakukan dalam permohonan itu.

Profesion Undang-Undang 31

(3)

Sebelum seseorang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah seksyen ini Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang pendapat setiap orang yang telah disampaikan permohonan itu.

(4)

Pendaftar hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan itu, mengeluarkan kepada tiap-tiap orang yang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah seksyen ini suatu sijil untuk menjalankan amalan dengan menyatakan di dalamnya guaman atau perkara yang orang itu dibenarkan hadir; dan mana-mana orang yang kepadanya suatu sijil untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah subseksyen ini hendaklah bagi maksud penggunakhidmatannya dalam guaman atau perkara itu disifatkan sebagai seorang yang kepadanya suatu sijil untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah seksyen 29.

(5)

Pendaftar tidak boleh mencatatkan di dalam Daftarai tetapi hendaklah menyimpan suatu Daftarai yang berasingan bagi nama orang yang dibenarkan hadir sebagai peguam di bawah seksyen ini.

(6)

Dalam seksyen ini perkataan “guaman atau perkara”

termasuklah apa-apa prosiding interlokutori atau rayuan yang berkaitan dengan apa-apa guaman atau perkara.

Hak merayu pembantah

Report

Bahagian III

Sijil Amalan

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules