Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

14. Memfailkan petisyen untuk diterima masuk dan penyiasatan, dsb

Feedback & support
(1)

Apabila difailkan apa-apa petisyen untuk diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, Majlis Peguam hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat penyiasatan penuh mengenai kelakuan pempetisyen dan, setelah petisyen itu diputuskan untuk didengar, hendaklah menghantar kepada Hakim

Besar suatu laporan sulit mengenai hasil penyiasatan itu.

(2)

Semua Jawatankuasa Peguam Negeri (jika lebih daripada satu)

dalam Negeri yang orang yang memohon untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara menurut seksyen 15 telah menjalani latihannya hendaklah, apabila petisyen orang itu diputuskan untuk didengar, membuat atau menyebabkan supaya dibuat penyiasatan penuh mengenai kelakuan pempetisyen itu dan laporan sulit mengenai hasil penyiasatan itu hendaklah dihantar kepada Hakim

Besar dengan apa-apa ulasan mengenainya yang difikirkan perlu oleh

Majlis Peguam.

(3)

Jika mana-mana laporan yang disebut dalam subseksyen (1)

atau subseksyen (2) tidak menguntungkan pempetisyen, Hakim Besar, jika difikirkannya patut, boleh mengarahkan supaya laporan itu difailkan dalam Mahkamah dan satu salinannya disampaikan kepada pempetisyen dan, tertakluk kepada apa-apa arahan sebagaimana yang boleh diberi oleh Mahkamah, laporan itu bolehlah diambil kira apabila petisyen itu didengar.

(4)

Segala laporan dan perhubungan di bawah seksyen ini diistimewakan secara mutlak.

Report

Bahagian III

Sijil Amalan

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules