Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

15. Petisyen untuk diterima masuk dengan afidavit

Feedback & support
(1)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap orang yang bercadang hendak memohon untuk diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara.

(2)

Suatu permohonan untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah seksyen ini hendaklah dibuat melalui suatu petisyen kepada Mahkamah dan disahkan dengan afidavit.

Profesion Undang-Undang 27

(3)

Tiap-tiap pempetisyen hendaklah, dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari sebelum petisyennya didengar atau suatu tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang dibenarkan oleh

Mahkamah, memfailkan suatu afidavit dengan menunjukkan—

(a)

jika berkenaan, salinan benar bagi apa-apa keterangan dokumentar yang menunjukkan bahawa dia ialah seorang berkelayakan;

(b)

dua sijil yang terbaharu tentang kelakuan baiknya;

(c)

suatu sijil kerajinan daripada pengajarnya yang dengannya dia telah menjalani latihannya dalam hal yang dia dikehendaki menjalani suatu tempoh latihan, atau, jika sijil itu tidak ada, apa-apa keterangan lain yang dikehendaki oleh

Mahkamah yang menunjukkan dia telah menjalani latihan itu dengan rajin;

(d)

jika berkenaan, suatu sijil yang ditandatangani oleh

Setiausaha Lembaga menyatakan bahawa pempetisyen telah menghadiri kursus pengajaran dan lulus peperiksaan, jika ada, yang diperlukan baginya di bawah Akta ini;

(e)

jika berkenaan, suatu sijil daripada pengetuanya yang menyatakan bahawa dia telah menjalani tempoh latihan yang berkenaan dengan memuaskan sebagai seorang kerani berartikel;

(f)

salinan benar bagi apa-apa keterangan dokumentar yang menunjukkan bahawa dia ialah sama ada seorang warganegara Persekutuan atau seorang pemastautin tetap

Malaysia; dan

(g)

salinan benar bagi apa-apa keterangan dokumentar bahawa dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan

Kelayakan Bahasa Malaysia.

(4)

Petisyen, notis, afidavit dan sijil yang disebut dalam seksyen ini hendaklah dalam borang yang ditetapkan oleh Lembaga.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(5)

Pempetisyen hendaklah memfailkan petisyennya di Pejabat

Pendaftar di Pejabat Besar Pendaftaran disertai dengan notis memberitahu yang dia telah membuat petisyen itu; notis itu hendaklah ditampalkan dan terus ditampalkan pada semua Mahkamah Tinggi selama tiga bulan sebelum pempetisyen itu diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara.

Report

Bahagian III

Sijil Amalan

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules