Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang
13. Section 13
Feedback & support(1)
Tertakluk kepada subseksyen (4) seseorang pelatih hendaklah menjalani tempoh latihannya dengan seorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi jumlah tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja tarikh latihannya bermula:
Dengan syarat bahawa Majlis Peguam boleh atas alasan khas membenarkan seseorang pelatih menjalani tempoh latihannya dengan seorang peguam bela dan peguam cara yang telah menjalankan amalan kurang daripada tujuh tahun.
Profesion Undang-Undang 25
Majlis Peguam boleh membenarkan seseorang berkelayakan menjalani bahagian tempoh latihannya yang berlainan dengan pengajar yang berlainan.
Majlis Peguam boleh, menurut budi bicaranya sendiri, mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani apa-apa tempoh latihan hingga selama enam bulan apabila permohonan dibuat kepadanya dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa—
ada hal keadaan khas yang mewajarkan tempoh latihan itu disingkatkan; atau
pemohon telah selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan menjadi pelatih atau berlatih dalam kamar seseorang pengamal undang-undang yang telah menjalankan amalan sendirian secara aktif selama lebih daripada tujuh tahun di
Komanwel; atau
pemohon ialah seorang kerani berartikel di Malaysia: atau
pemohon telah bertugas dalam amalan sendirian secara aktif sebagai pengamal undang-undang tidak kira dengan nama apa jua dia dikenali di mana-mana bahagian Komanwel selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan.
Seseorang berkelayakan yang telah berkhidmat dalam
Perkhidmatan
Kehakiman dan
Perundangan selama sekurang-kurangnya satu tahun dikecualikan daripada menjalani apa-apa tempoh latihan dengan syarat permohonannya untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara disokong oleh suatu sijil daripada Peguam Negara yang menyatakan bahawa dia seorang yang layak dan sesuai diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.
(Dipotong oleh Akta A1444).
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 166