Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

17. Section 17

Feedback & support

(1)

Mana-mana orang boleh memasukkan suatu kaveat menentang mana-mana pempetisyen diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara dan apabila kaveat itu dimasukkan tiada permohonan untuk pempetisyen itu diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara boleh didengar melainkan jika suatu notis pendengaran tidak kurang daripada tiga hari genap telah disampaikan kepada orang yang memasukkan kaveat itu.

(2)

Tiap-tiap kaveat di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan di Pejabat Pendaftar dan hendaklah mengandungi nama penuh, pekerjaan dan alamat pengkaveat, suatu pernyataan ringkas tentang alasan bantahannya dan suatu alamat untuk penyampaian notis.

(3)

Jika pada bila-bila masa selepas pempetisyen diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguam bela dan peguam cara, bukti diberi dengan memuaskan Mahkamah bahawa mana-mana petisyen, afidavit, sijil atau dokumen lain yang telah difailkan oleh pempetisyen mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan pada bahagian materialnya atau menyembunyikan apa-apa fakta material nama pempetisyen itu boleh dikeluarkan daripada Daftarai.

(4)

Jika seorang peguam bela dan peguam cara telah dikeluarkan daripada Daftarai menurut subseksyen (3), Pendaftar hendaklah apabila apa-apa petisyen dibuat lagi oleh orang itu juga untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara membawa fakta itu kepada pengetahuan Mahkamah dan Mahkamah hendaklah, jika tiada hal keadaan yang khas, enggan meluluskan petisyen yang dibuat lagi itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

Report

Bahagian III

Sijil Amalan

Bahagian IV

Keistimewaan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian V

Badan Peguam Malaysia

Bahagian VI

Amalan, Kesopanan, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Bela dan Peguam Cara dan Kerani

Bahagian VII

Prosiding Tatatertib

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules