Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2015Read it in English

Bahagian IX · Kesalahan, Kerosakan, Penalti dan Tatacara

89A. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang akan disiarkan dalam

Warta, menetapkan apa-apa kesalahan terhadap peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan oleh Lembaga.

(2)

Pengurus

Besar boleh, mengikut budi bicaranya, mengkompaun kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)

dengan menerima sejumlah wang yang tidak lebih daripada lima ratus ringgit daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang sama yang dibuat di bawah subseksyen (1), menetapkan cara dan tatacara untuk mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya.

Report

Bahagian X

Pemindahan, Peralihan dan Am

Schedules