Bintulu Port Authority Act 1981 · Updated to 1 Jul 2015 · Bahagian IX · Kesalahan, Kerosakan, Penalti dan Tatacara
91A. Kuasa khas semasa darurat
Feedback & supportDalam hal berlakunya apa-apa darurat awam atau bagi kepentingan menjaga keselamatan awam, Perdana Menteri atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan khasnya oleh Perdana Menteri untuk tujuan tersebut boleh−
mengambil milikan sementara ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan yang ditubuhkan, disenggarakan atau dikerjakan oleh mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini; atau
menarik balik sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kumpulan orang atau daripada orang ramai.
Lembaga Pelabuhan Bintulu 83
Jika apa-apa keraguan timbul ke atas kewujudan darurat awam atau sama ada apa-apa perbuatan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
adalah bagi kepentingan keselamatan awam, sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di tempat tertentu yang pada pendapat Menteri adalah sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad ke atas perkara tersebut.
Jika Kerajaan mengambil milikan ke atas mana-mana perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan di bawah subseksyen (1)(a)
pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar.