Skip to content

Seksyen 90

Penyampaian saman kepada syarikat

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981

ActIn forceProvision 106 of 110
Seksyen 90
(1)

Dalam sesuatu saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Majistret di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 243

undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya terhadap sesuatu firma atau syarikat, adalah memadai mengarahkan supaya saman itu disampaikan kepada firma atau syarikat itu, atau kepada pegawai atau pengurusnya.

(2)

Penyampaian saman di tempat urusan biasa firma atau syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang memadai.