Seksyen 15
Pendaftaran bagi pemerbadanan
ActIn forceProvision 15 of 159
Seksyen 15
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kehendak Akta ini mengenai permohonan bagi pemerbadanan dipatuhi dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah—
(a)
mencatatkan butir-butir syarikat dalam daftar;
(b)
memberi suatu nombor pendaftaran kepada syarikat itu sebagai nombor pendaftaran syarikatnya; dan
(c)
mengeluarkan notis pendaftaran mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar.