Seksyen 16
Kuasa untuk menolak pendaftaran pemerbadanan
ActIn forceProvision 16 of 159
Seksyen 16
(1)
Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar di bawah seksyen 15,
Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu permohonan melainkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa semua kehendak Akta ini berkenaan dengan pendaftaran dan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pendaftaran itu telah dipatuhi.
(2)
Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan permohonan sesuatu syarikat yang dicadangkan jika dia berpuas hati bahawa syarikat yang dicadangkan itu berkemungkinan hendak digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, kemoralan atau keselamatan
Malaysia.