Seksyen 29
Kuasa Pendaftar untuk mengarahkan pertukaran nama
Jika Pendaftar mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa nama yang di bawahnya suatu syarikat didaftarkan tidak sepatutnya didaftarkan, dia hendaklah menyerahkan suatu notis bertulis kepada syarikat itu untuk menukarkan namanya dalam masa enam puluh hari atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang disifatkannya patut.
(2)
Jika suatu syarikat tidak menukarkan namanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menukarkan nama syarikat itu kepada nombor pendaftaran syarikatnya atau apa-apa ungkapan yang diberikan di bawah subseksyen 25(2)
dengan mengubah butir-butir pendaftaran syarikat untuk menggambarkan pertukaran itu.
(3)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar arahan
Pendaftar di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.