Seksyen 21
Syarikat mempunyai keupayaan tidak terhad
ActIn forceProvision 21 of 159
Seksyen 21
(1)
Sesuatu syarikat hendaklah berupaya untuk menjalankan semua fungsi suatu pertubuhan perbadanan dan mempunyai keupayaan sepenuhnya untuk menjalankan atau mengusahakan apa-apa perniagaan atau aktiviti termasuklah—
(a)
untuk membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya;
(b)
untuk memperoleh, memiliki, memegang, membangunkan atau melupuskan mana-mana harta; dan
(c)
untuk melakukan apa-apa perbuatan yang boleh dilakukan atau membuat transaksi.
(2)
Sesuatu syarikat hendaklah mempunyai hak, kuasa dan keistimewaan sepenuhnya bagi maksud yang disebut di bawah subseksyen (1).