Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

18. Kesan pemerbadanan

Feedback & support
(1)

Pada tarikh pemerbadanan yang dinyatakan dalam notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen 15, hendaklah ada suatu syarikat dengan nama dan nombor pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam daftar utama yang disimpan oleh Pendaftar bagi maksud ini.

(2)

Tiap-tiap orang yang namanya dinyatakan sebagai anggota dalam permohonan bagi pemerbadanan dan pada pemerbadanan syarikat itu hendaklah dicatatkan sebagai anggota dalam daftar anggota, berserta dengan mana-mana orang lain yang menjadi anggota syarikat dari semasa ke semasa, merupakan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang dinyatakan dalam notis pemerbadanan itu.

Syarikat 63

(3)

Dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, tiap-tiap orang yang namanya dinyatakan dalam permohonan bagi pemerbadanan itu menjadi pemegang syer sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu.

(4)

Butir-butir pejabat berdaftar syarikat adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam, atau berkaitan dengan, permohonan bagi pendaftaran itu.

(5)

Orang yang dinamakan dalam pernyataan itu sebagai seorang pengarah atau setiausaha, jika ada, hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik bagi jawatan itu.

Report

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules