Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat
25. Nama syarikat
Feedback & support(1)
Nama sesuatu syarikat hendaklah berakhir dengan yang berikut:
(a)
bagi suatu syarikat awam, perkataan “Berhad” atau singkatannya “Bhd.”;
(b)
bagi suatu syarikat persendirian, perkataan “Sendirian
Berhad” atau singkatannya “Sdn. Bhd.”; atau
(c)
bagi suatu syarikat tidak berhad, perkataan “Sendirian” atau singkatannya “Sdn.”.
(2)
Sesuatu syarikat boleh mempunyai sebagai namanya—
(a)
nama yang tersedia ada; atau
(b)
apa-apa ungkapan sebagaimana yang diberikan oleh
Pendaftar semasa pemerbadanannya.