Skip to content

Seksyen 23

Subsidiari bertindak sebagai peniaga yang menyertai

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 23 of 159
Seksyen 23
(1)

Larangan di bawah subseksyen 22(1) tidak terpakai jika syer diperoleh atau dipegang oleh subsidiari itu dalam urusan biasa perniagaannya sebagai peniaga yang menyertai sebagaimana yang diperuntukkan dalam garis panduan yang berhubungan dengan dana dagangan bursa yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “peniaga yang menyertai”

merujuk kepada seseorang yang dilantik oleh suatu syarikat pengurusan dana dagangan bursa dan bertanggungjawab bagi penghasilan dan penebusan unit dana dagangan bursa.

Perlindungan pihak ketiga dalam hal lain jika subsidiari bertindak sebagai peniaga dalam sekuriti