Skip to content

Seksyen 85

Prosiding di Mahkamah Persekutuan

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 82 of 99
Seksyen 85
(1)

Jika'suatu kes khas telah dihantar ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84, Mahkamah Persekutuan hendaklah, tertakluk kepada apa-apa kaedah mahkamah bagi Mahkamah Persekutuan, memperlakukan kes itu dan mendengar dan memutuskannya dengan cara yang sama seperti suatu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

(2)

Apabila Mahkamah Persekutuan telah memutuskan apa-apa kes khas di bawah seksyen ini Mahkamah Tinggi yang dalamnya prosiding yang dalam perjalanannya kes itu dinyatakan menunggu penyelesaian hendaklah meneruskan dan membereskan prosiding itu mengikut penghakiman Mahkamah Persekutuan dan selainnya mengikut undang-undang.