Skip to content

Seksyen 87

Bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 84 of 99
Seksyen 87
(1)

Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Mahkamah Rayuan dalam bidang kuasa rayuannya berkenaan dengan apa-apa perkara jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa asalnya tertakluk kepada apa-apa kaedah yang mengawal selia prosiding Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan rayuan daripada Mahkamah Rayuan.

(2)

Notis apa-apa rayuan oleh Pendakwa Raya hendaklah diberikan oleh, atau dengan persetujuan bertulis, pegawai itu sahaja.

(3)

Sesuatu rayuan boleh dibuat atas soal fakta atau soal undang-undang atau atas soal campuran fakta dan undang-undang.