Seksyen 89
Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Kecuali dalam hal yang disebut dalam subseksyen (3) dan seksyen 88, tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan pelaksanaan apa-apa penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan apa-apa perbuatan atau penanggungan apa-apa hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang disifatkan munasabah oleh Mahkamah itu.
(2)
Jika pada akhirnya perayu dihukum dengan pemenjaraan, masa yang pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah tidak dimasukkan dalam pengiraan tempoh masa hukumannya melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah Persekutuan.
(a)
hukuman itu tidak boleh sekali-kali dilaksanakan sehingga selepas tamat masa yang dalamnya notis rayuan boleh diberikan atau apa-apa pelanjutan masa yang dibenarkan; dan
(3)
Dalam hal sesuatu sabitan yang melibatkan hukuman mati atau hukuman jasad—
(b)
jika notis diberikan sedemikian hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sehingga selepas rayuan itu diputuskan.