Seksyen 95
Penghakiman hendaklah diperakukan
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Bilamana sesuatu kes jenayah diputuskan atas rayuan, Mahkamah Persekutuan hendaklah memperakukan penghakiman atau perintahnya kepada mahkamah yang berkenaan.
(2)
Mahkamah yang berkenaan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Persekutuan itu, dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikut penghakiman atau perintah itu.
(3)
Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah memberitahu mahkamah yang berkenaan itu dengan sewajarnya dan, jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah diberikan, hukuman atau perintah Mahkamah Tinggi atau yang telah diubah oleh Mahkamah Rayuan itu hendaklah dikuatkuasakan dengan serta-merta.
Bidang Kuasa Rayuan-Rayuan Civil